Wednesday, 21 April 2021

updated 4:01 AM UTC, Apr 21, 2021

Ngauman JDT bikin gentar pencabar Liga Malaysia musim ini

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU, 6 Mac - Nama Kelab Johor Darul Takzim (JDT) sudah tidak asing lagi di persada bola sepak negara malah turut dikenali di negara luar.

Kemenangan kali ke enam Piala Sumbangsih malam tadi, secara tidak langsung membuktikan dominasi Skuad Harimau Selatan dalam kancah bola sepak negara.

Dalam aksi semalam di Stadium Sultan Ibrahim, ternyata perlawanan seimbang hanya disaksikan dalam 20 minit pertama perlawanan.

Selepas itu, JDT lebih banyak menguasai perlawanan dengan kawalan dan hantaran kemas berbanding pemain Kedah.

Hasilnya dua jaringan diperoleh, jaringan pertama sudut sukar Shapawi Rasid minit ke-34 dan jaringan kedua, dari pemain naturalisasi negara, Natxo Insa, minit ke-64, sudah cukup untuk memberikan gelaran keenam Piala Sumbangsih buat JDT.

Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya walaupun belum mencapai tahap 100%.