Friday, August 23, 2019
updated 8:57 AM UTC, Aug 23, 2019

Keputusan Liga Super

  • Published in Sukan

Enam perlawanan berlangsung malam tadi menyaksikan Felda terus melebarkan kedudukan carta selepas mencatat kemenangan kedua dan kali ini tewaskan Sarawak 2-1 di Kuching. 

Kedah pula menang tipis ke atas Terangganu di Stadium Darul Aman. 

Dan juara liga super 2015, Johor Darul Takzim turut mencatat tiga mata menewaskan Terengganu FC II 2-0 di Kuala Terengganu. 

Sementara itu Pulau Pinang menewaskan Tok Gajah 4-1 di Stadium Bandaraya.

Di Ipoh, tuan rumah, Perak pula  gagal menggunakan kelebihan di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Selangor.  

Penyokong The Bos Gaurus yang tidak berpuashati dengan aksi pemain tuan rumah pula bertindak membaling objek ke dalam padang menyebabkan perlawanan dihentikan seketika. 

Namun kekecohan itu berlanjutan sehingga ke luar stadium sebaik perlawanan tamat, menyebabkan seorang anggota polis dan dua penyokong Selangor cedera.