Saturday, 6 March 2021

updated 2:05 PM UTC, Mar 6, 2021

Liverpool buntu untuk kembali mencari rentak kemenangan

  • Published in Sukan

MANCHESTER, 25 Januari- Cabaran skuad kendalian Jurgen Klopp berakhir di pusingan keempat Piala FA Inggeris selepas tewas 2-3 kepada seteru utama, Manchester United.

Pada pertemuan di Old Trafford itu, The Reds bermula baik apabila mendahului permainan menerusi Mohamed Salah di babak pertama.

Namun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan Mason Greenwood sebelum rehat.

Marcus Rashford meletakkan United di depan tiga minit selepas bersambung babak kedua, apabila berjaya memanfaatkan kesilapan pemain pertahanan Liverpool, Rhys Williams.

Anak buah Klopp kemudian kembali mengatur serangan dan Salah berjaya meledakkan gol penyamaan dua sama hasil hantaran lintang Roberto Firmino.

Berbaki 12 minit lagi permainan, United memperoleh gol ketiga menerusi sepakan percuma Bruno Fernandes yang dimasukkan sebagai pemain gantian.

Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat permainan menyaksikan skuad bimbingan Ole Gunnar Sloksjaer mara ke pusingan kelima dan akan bertemu West Ham.