Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Tiket Percuma Kepada Peminat Lang Merah

Alor Setar - Tiket bagi menyaksikan perlawanan  Kedah-Terengganu di Stadium Darul Aman, malam ini akan diberikan secara percuma kepada peminat setia Lang Merah.

Tiket percuma itu boleh diperoleh di kaunter tiket Stadium Darul Aman, bermula pukul 10 pagi ini, dan setiap penonton boleh mendapatkan sekeping tiket sahaja. 

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah, KFA, Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah berkata, pemberian sebanyak 24000 keping tiket secara percuma itu merupakan cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah. 

Ia sebagai penghargaan kepada penyokong setia Hijau Kuning yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada pasukan Lang Merah. 

Beliau menyatakan demikian selepas mempengerusikan mesyuarat KFA di Wisma Darul Aman, Alor Setar.