Logo

UiTM FC Benam Perlis 1-0

Kangar - UiTM FC melakar kejayaan berganda selepas membenam Perlis 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana, malam tadi.

Kemenangan kedua itu sekaligus menyaksikan pasukan berkenaan mengekalkan kedudukan di puncak dengan pemain import, Pavel Purishkin yang menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-29.

Jaringan itu sudah cukup mengecewakan Perlis yang dianggap antara pilihan musim ini, ketika beraksi di laman sendiri.

Beraksi di gelanggang sendiri ternyata bukan satu kelebihan buat Singa Utara. 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.