Thursday, 4 March 2021

updated 2:51 PM UTC, Mar 4, 2021

Kejohanan Dunia Mobile Legend Bang Bang, Todak bermula langkah kiri

  • Published in Sukan

SINGAPURA, 19 Januari - Kejohanan Dunia Mobile Legend Bang Bang (MLBB M2).

Wakil tunggal negara, Todak memulakan saingan dengan langkah kiri selepas tewas 0-2 kepada wakil Filipina, Omega.

Namun Juara Liga Profesional MPL musim keenam itu berjaya bangkit pada perlawanan kedua untuk menewaskan wakil Kemboja, Impunity KH dengan 2-0.

Pengurus pasukan Todak, Mohd. Syazlan Mohd. Rosdi mengakui pasukannya berdepan cabaran sukar kerana memulakan saingan seawal pukul 10.00 pagi dalam kumpulan B.

Selepas hari pertama Omega muncul juara kumpulan B hasil dua kemenangan keatas Todak dan Impunity.

Todak di tempat kedua selepas mencatat satu kemenangan dan satu kekalahan manakala Impunity tidak meraih sebarang mata.

Todak sekali lagi akan turun beraksi pada Rabu ini dan akan menentang pasukan tercorot slot kesaingan Lower Bracket di Grand Final M2.