Thursday, 4 March 2021

updated 3:31 PM UTC, Mar 4, 2021

PM Jepun tekad teruskan penganjuran Olimpik Tokyo

  • Published in Sukan

TOKYO, 19 Januari - Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga kekal dengan keputusan meneruskan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo tahun ini, meskipun berdepan tentangan rakyat.

Pada ucapan dasarnya semasa pembukaan sesi Parlimen, Suga bertegas, Tokyo akan meneruskan persiapan dengan memperketatkan langkah anti jangkitan.

Jepun sebelum ini tidak terjejas teruk dengan pandemik COVID-19 sehinggalah tercetus kes penularan baharu menyebabkan negara itu terpaksa menutup sempadannya dan mengisytiharkan keadaan darurat di Tokyo dan beberapa bandar lain.

Rating sokongan kepada Suga pula semakin merosot selepas pemerintahannya dikritik lembab dan tidak konsisten menangani pandemik.

Dalam perkembangan sama, pendirian Suga itu disambut baik Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach, yang merasakan Sukan Olimpik Tokyo akan menjadi 'sinar harapan selepas ujian' di tengah-tengah pandemik.

Namun, lebih 80 peratus rakyat Jepun percaya Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sudah setahun ditunda akibat pandemik COVID-19 seharusnya ditangguh lagi atau dibatalkan sahaja.