Saturday, 6 March 2021

updated 2:25 PM UTC, Mar 6, 2021

V Shem- Wee Kiong mara ke final Badminton Yonex Terbuka Thailand

  • Published in Sukan

BANGKOK, 16 Januari - Beregu lelaki professional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke final di Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

V Shem-Wee Kiong kini hanya selangkah lagi untuk menjulang kejuaraan pertama musim 2021 selepas menewaskan gandingan muda Indonesia, Leo Rolly Carnando dan Daniel Marthin dengan straight set.

Pada aksi separuh akhir hari ini, V Shem dan Wee Kiong yang menjadi wakil tunggal negara diberi tentangan hebat pada set pertama.

Namun pengalaman menjadi kelebihan buat bekas beregu nombor satu dunia itu untuk menang 21-19.

Set kedua menyaksikan mereka mula menguasai permainan apabila mudah melakar kemenangan 21-10.

Menanti V Shem dan Wee Kiong di final nanti adalah pemenang antara beregu Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin dan gandingan Choi Solgyu-Seo Seung Jae dari Korea Selatan.