Thursday, February 22, 2018
vital-top
updated 3:08 PM UTC, Feb 21, 2018

Olympic Youth Speed Skating - Korea Dominasi 1000 Meter

  • Published in Sukan

Norway - Atlet Korea Selatan mendominasi acara speed skating jarak dekat apabila Kim Jiyoo dan Lee Suyoun masing-masing meraih pingat emas dan perak. 

Berlangsung di Dewan Olimpik Cavern di Gjovik, Norway, dua peserta Korea Selatan ini mempamerkan aksi menarik dalam acara speed skating 1000 meter. 

Kim Jiyoo, 16 tahun, meraih pingat emas dengan catatan terpantas Satu Minit 34.041 saat, diikuti rakan senegara, Lee Suyoun yang mencatat masa Satu Minit 34.118 saat. 

Pingat gangsa acara ini dimenangi oleh atlet Jerman, Anna Sedel yang mencatat masa satu minit 34.323 saat. 

Sementara itu dalam kategori lelaki acara sama, seorang lagi atlet Korea Selatan , Hwang Daeheon turut meraih pingat emas.