Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Sumareh tiada dalam radar Kedah Darul Aman FC

  • Published in Sukan

ALOR SETAR, 8 Januari - Susulan spekulasi Mohamadou Sumareh bakal ke Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali menafikan spekulasi pihaknya bakal mendapatkan khidmat pemain naturalisasi negara berkenaan seperti yang tular di media sosial.

Ketika ini masa depan Sumareh mula menjadi tumpuan selepas tamat kontrak bersama kelab Liga Utama Thailand 1, Police Tero FC.

Pemain berkenaan turut dikaitkan dengan beberapa kelab Liga Malaysia termasuk Kedah.

Khabar angin mengatakan Kedah bakal meminjamkan Mohamadou Sumareh ke JDT dan sebagai balasan, seorang lagi pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi bakal dipinjamkan ke skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu.

Mengenai Liridon pula, Kamal tidak memberikan sebarang maklum balas sama ada perkara tersebut benar ataupun sekadar khabar angin.

Setelah menamatkan saingan Liga Super musim 2020 sebagai naib juara, Kedah Darul Aman bakal beraksi dalam saingan Piala AFC musim ini dengan satu lagi pasukan iaitu Terengganu FC.