Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Ahmad Faizal Azumu masih Presiden PAFA sehingga kongres tahunan

  • Published in Sukan

IPOH, 3 Januari - Teka-teki berhubung status bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akhirnya terjawab.

Beliau menegaskan masih menyandang jawatan berkenaan sehingga kongres tahunan badan sukan itu bersidang pada bulan ini.

Ahmad Faizal berkata dirinya akur dengan segala keputusan yang akan dibuat oleh kongres berkenaan demi memastikan persiapan Perak FC bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim ini berjalan lancar.

Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Makan Malam Perak FC di Ipoh.

Pada 23 Disember lepas, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed menegaskan kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika Ahmad Faizal kekal sebagai Presiden PAFA untuk mengemudikan badan sukan itu dalam menghadapi kancah Liga Malaysia yang dijadual bermula penghujung Februari ini.