Sunday, 17 January 2021

updated 12:18 PM UTC, Jan 17, 2021

KBS perkemas SOP sukan dan rekreasi

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 1 Januari - Bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) pembukaan fasa kelima sektor sukan dan rekreasi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal melaksanakan beberapa langkah tambahan.

Dalam satu kenyataan KBS memaklumkan, mana-mana penganjur kejohanan atau pertandingan sukan perlu mendapat kebenaran daripada KBS menerusi Pesuruhjaya Sukan sebelum menganjurkan sebarang kejohanan.

Menurut KBS, penganjur juga perlu bertanggungjawab dan memberi jaminan bertulis selain mewujudkan skuad pemantau pematuhan SOP semasa berlangsungnya sesuatu kejohanan.

KBS turut menegaskan, peserta atau petugas sesuatu kejohanan bagi kategori sukan berpasukan dan sukan tempur perlu menjalani ujian swab tiga hari sebelum bermulanya kejohanan.

Selain itu, KBS turut memaklumkan pengurusan penginapan khusus untuk peserta kejohanan secara 'quarantine-based' bakal dilaksanakan untuk kejohanan dalam kawasan PKPB.

Selain itu KBS turut menjelaskan, kebenaran kemasukan penonton masih tertakluk kepada 10% kapasiti tempat duduk atau 4,000 orang.