Thursday, 2 December 2021

updated 1:52 PM UTC, Dec 2, 2021

Safawi tersenarai dalam 24 calon Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports 2020

  • Published in Sukan

JOHOR BAHRU, 31 Disember - Selepas diumum sebagai Pemain Tengah Terbaik dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020.

Kini nama Safawi Rasid disenarai pula bersama beberapa bintang dunia seperti bekas pemain Barcelona, Indres Iniesta serta penyerang Tottenham Hotspur, Son Heung Min dalam kalangan 24 calon bagi Anugerah Pemain Terbaik Asia Fox Sports musim ini.

Lebih membanggakan, pemain berusia 23 tahun itu tampil sebagai wakil tunggal Asia Tenggara yang berjaya menempah nama dalam senarai itu.

Antara pemain terkemuka lain yang turut tersenarai adalah Hwang Hee Chan, Takefusa Kubo dan Matthew Ryan yang masing-masing beraksi bersama di liga Jerman, Sepanyol dan Inggeris.

Safawi sah bakal beraksi bersama Johor Darul Takzim (JDT) musim depan selepas tidak menyambung kontrak bersama kelab Portugal, Portimonense SC.

Safawi yang menyertai Portimonense secara pinjaman pada Oktober lalu hanya sempat beraksi selama 53 minit bersama skuad Bawah 23 tahun saingan Primeira Liga Portugal B-23.