Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Chan/Goh Mara Ke Final Masters Thailand

 

Bangkok  - Beregu campuran negara, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying mengekalkan rentak cemerlang apabila mara ke perlawanan akhir Kejohanan Masters Thailand Puteri Sirivannavari di Bangkok.

Kejayaan itu diperoleh selepas Chan/Goh menewaskan beregu tuan rumah Puavaranukroh Dechapol/Sapsiree Taerattanachai 21-18, 21-14 di separuh akhir.

Menanti pasangan negara yang juga beregu ranking ke-13 dunia, di final adalah gandingan China, Zheng Siwei/Chen Qingchen yang mudah mengalahkan Lee Chun Hei Reginald/Chau Hoi Wah dari Hong Kong 21-15, 21-11 dalam masa 25 minit.

Namun harapan beregu wanita negara, Vivian Hoo/Woon Khe Wei untuk melangkah ke final berakhir selepas tewas kepada Tang Yuanting/Yu Yang dari China dengan straight set 11-21, 11-21 dalam perlawanan yang berlangsung 32 minit.