Sunday, October 22, 2017
vital-top
updated 2:46 PM UTC, Oct 21, 2017

Pemain Harus Fokus Dan Beri Komitmen Ketika Menentang Felda United - MB Kedah

Kedah - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mahu para pemain pasukan bola sepak Kedah memberi komitmen padu dan fokus bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Super menentang Felda United di Stadiun Jengka Pahang, esok. 

Beliau yakin para pemain Kedah akan bermain bersungguh-sunguh berdasarkan prestasi kedah yang memberangsangkan sebelum ini. 

Pemain juga harus membuktikan kesungguhan mereka kepada penyokong-penyokong pasukan Hijau Kuning itu. 

Sementara itu dalam satu kenyataan Persatuan Bola sepak Kedah, KFA menyatakan, Kedah tidak mudah mengalah dan akan menurunkan barisan terbaik pada perlawanan itu. 

Ini bagi memastikan Kedah mencatat kemenangan pertama liga apatah lagi Felda United pasti mahu membalas dendam selepas tewas kepada Kedah di peringkat separuh akhir TM Piala Malaysiam musim lalu.