Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

COVID-19 : Tiga kejohanan jelajah berbasikal diteruskan tahun hadapan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Tiga kejohanan berbasikal yang terpaksa ditunda sebelum ini akibat pandemik COVID-19 akan diteruskan seperti biasa pada tahun hadapan.

Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab.

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah meluluskan kesemua pendaftaran kejohanan berkenaan namun semuanya masih bergantung kepada situasi semasa COVID-19.

Tiga kejohanan berkenaan adalah Jelajah Malaysia yang dijadual berlangsung dari 6 hingga 10 April 2021, Le Tour de Femina, 7 hingga 12 September serta Tour of Peninsular dari 13 hingga 17 Oktober.

Menurut beliau lagi, pihaknya tidak berdepan masalah untuk mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa seperti yang dilakukan pada Kejohanan Berbasikal Kebangsaan di Melaka September lalu.

Baru-baru ini, PKBM membatalkan penganjuran kejohanan Le Tour de Langkawi yang dijadual berlangsung dari 30 Januari hingga 6 Februari 2021 sebelum memutuskan dimasukkan semula dalam kalendar 2022.