Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

BAM bakal anjur Kejohonan Berpasukan Campuran 2020

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 22 November - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus merangka beberapa lagi kejohanan di peringkat dalaman bagi memastikan prestasi pemain negara kekal pada tahap optimum.

BAM merancang untuk menganjurkan Kejohanan Berpasukan Campuran 2020.

Menurut Pengarah Kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann, pertandingan ini bakal melibatkan 124 pemain senior dan remaja di mana mereka akan dipecahkan kepada empat pasukan.

Pertandingan ini dijalankan dengan format seperti Piala Sudirman dengan 11 perlawanan akan dilangsungkan melibatkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita, beregu campuran selain acara tiga sepasukan lelaki dan wanita turut dimasukkan.

Kejohanan Berpasukan Campuran BAM 2020 akan bermula dari 23 hingga 25 November ini di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara dan berlangsung secara tertutup.

Ia bakal disertai empat pasukan yang akan diuruskan oleh barisan kejurulatihan badan badminton negara itu sendiri.