Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

FAM dan MFL komited kukuh kerjasama dengan PFAM atasi masalah pemain bolasepak negara

  • Published in Sukan

PETALING JAYA, 12 November - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dan pentadbir Liga Malaysia, Malaysia Football League (MFL), komited dalam mengukuhkan kerjasama dengan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) bagi mengatasi beberapa masalah yang membelenggu arena bolasepak negara terutama melibatkan pemain tempatan.

Isu jadual bolasepak yang tidak menentu dan masalah tunggakan gaji adalah antara perkara dibincangkan dalam perjumpaan wakil FAM, MFL dan PFAM.

Hamidin turut menekankan kepentingan pengurusan pasukan dan pemain untuk memberi sokongan antara satu sama lain dalam menghadapi pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

PFAM diwakili Presidennya, Safee Sali, Ketua Pegawai Eksekutif, Izham Ismail bersama ahli exconya yang juga bekas pemain kebangsaan Razman Roslan, Shahrom Kalam dan S. Subramaniam.