Tuesday, December 12, 2017
vital-top
updated 9:42 AM UTC, Dec 12, 2017

EPL - Leicester Kalahkan Man. City 3 - 1

  • Published in Sukan

 

London - Leicester, pendahulu Liga Perdana Inggeris mengejutkan pencabar terdekat Manchester City dengan kemenangan meyakinkan di Stadium Etihad untuk bergerak lima mata keatas.

Robert Huth menjaringkan gol pertama pada minit ke-3 untuk untuk Leicester mendahului.

City dilihat kurang mantap di bahagian pertahanan dan pasukan pelawat, melalui pemain Riyad Mahrez berjaya jaringkan gol pada minit ke-48 untuk Leicester dahului dengan 2 gol.

Pada minit ke-60, Robert Huth sekali lagi mendapati ruang untuk tanduk bola masuk jaring gol susulan dari tendangan sudut Christian Fuchs.

Pemain City, Sergio Aguero mendapat gol pada minit ke-87 untuk menjadi kedudukan 3 - 1 pada akhir perlawanan.

Berikut adalah keputusan perlawanan lain EPL:-

Aston Villa 2 Norwich  0

Southampton 1  West Ham  0

Tottenham 1   Warford  0

Everton 3  Stoke  0

Sunderland  2  Liverpool  2

Newcastle 1  West Brom  0

Swansea  1  Crystal Palace 1