Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Hafizh Syahrin sah kembali 'membakar litar' dalam saingan Moto2 musim depan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 8 November - Hafizh Syahrin sah kekal dalam saingan Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia selepas menandatangani perjanjian bersama pasukan NTS RW Racing GP untuk musim depan.

Perkara ini diumumkan menerusi laman rasmi pasukan dari Belanda tersebut.

Menerusi pengumuman berkenaan, Hafizh akan bergandingan dengan pelumba kelahiran Belgium, Barry Baltus yang berusia 16 tahun.

Jelas pengurus pasukan, Jarno Janssen, mereka berbangga dan gembira menandatangani Hafizh kerana bukan sahaja berpengalaman tetapi juga berbakat.

Hafizh juga menghargai keyakinan pasukan itu terhadap dirinya meskipun dia tidak berada ditahap terbaik musim ini.

Pelumba berusia 26 tahun itu berharap pengalaman yang dimiliki akan mampu membantu pasukan barunya pada musim depan.

NTS RW Racing GP dijangka akan memulakan musim baru dengan sesi ujian pada 26 dan 27 November ini di Jerez.