Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

COVID-19 : KBS batal Hari Sukan Negara (HSN) 2020

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 8 November - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2020.

Keputusan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan risiko penyebaran pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat sekali gus memastikan keselamatan semua pihak.

Dalam satu kenyataan, KBS memaklumkan pembatalan sambutan acara tahunan itu dibuat setelah mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes COVID-19 pada awal Oktober lalu.

Semua penggiat sukan turut diingatkan supaya mengamalkan Garis Panduan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan dan KBS.

Sebelum ini, KBS menangguhkan sambutan HSN 2020 yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 10 Oktober ke satu tarikh yang bersesuaian susulan peningkatan kes COVID-19 sejak bulan lalu.