Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Tiada sukan dipinggirkan KBS dalam peruntukan Belanjawan 2021

  • Published in Sukan

BERTAM, 8 November - Peruntukan RM55 juta dalam Belanjawan 2021 kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi program pembangunan sukan bukan hanya untuk sukan hoki, ragbi, badminton dan berbasikal sahaja.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan bagi program pembangunan sukan tidak akan memfokuskan kepada beberapa jenis sukan sahaja seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2021.

Menurut Reezal, sukan-sukan lain yang dilihat berpotensi tinggi menyumbang pingat kepada negara di peringkat antarabangsa turut diberi perhatian.

Jelas beliau, sukan yang popular dalam segi penyertaan turut diberi penekanan dalam aspek pembangunan dengan tujuan melahirkan lebih ramai atlet pelapis bagi sukan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Projek Naik Taraf Padang Hoki Kompleks Sukan MBSP di Bertam, Pulau Pinang malam tadi.