Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Persekutuan E-Sukan Malaysia hargai suntikan dana RM15 juta untuk pembangunan sukan elektronik

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 7 November - Timbalan Presiden Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF), Afiq Fadhli Narawi turut meluahkan penghargaan kepada kerajaan terhadap suntikan dana sebanyak RM15 juta yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Belanjawan 2021 untuk pembangunan sukan elektronik bagi tahun 2021.

Selain itu, beliau turut menyambut baik usaha kerajaan yang menyedari keadaan pandemik COVID-19 telah membuka peluang kepada belia menceburkan diri dalam e-sukan.