Saturday, October 21, 2017
vital-top
updated 5:20 AM UTC, Oct 21, 2017

Golf - Namchok Tantipokhakul Kekalkan Kedudukan Teratas

Kuala Lumpur - Hari ketiga kejohanan Golf PGM UMW menyaksikan penguasaan pemain Thailand, Namchok Tantipokhakul apabila mengekalkan kedudukan teratas. 

Namchok mengumpul 12 dibawah par keseluruhan, 1 pukulan dihadapan pemain Jepun, Shunya Takeyasu menjelang hari terakhir esok. 

Cuaca redup disamping hujan renyai-renyai pada sebelah pagi di Kelab Golf Templer Park memberikan sedikit kelegaan kepada pemain meneruskan aksi pusingan ketiga. 

Pendahulu semalam, Namchok Tantipokhakul semakin garang apabila meneruskan aksi hebat pada hari ketiga. 

Pemain bertubuh gempal itu menambah 4 lagi pukulan dibawah par untuk catatan 12 dibawah par keseluruhan dibantu tap in birdie pada lubang 9. 

Namun, kedudukan itu masih belum selesa kerana dikejar rapat pemain Jepun, Shunya Takeyasu yang mengumpul 11 dibawah par keseluruhan. 

Takeyasu turut beraksi cemerlang dengan catatan 68 pukulan, 4 dibawah par pada pusingan ketiga. 

Pemain terbaik negara, Kemarol Baharin pula harus menyalahkan diri sendiri apabila gagal menyempurnakan putt biarpun meletakkan bola hampir dengan lubang. 

Bogey dilubang terakhir meletakkan Kemarol di kedudukan keempat dengan catatan 9 dibawah par keseluruhan. 

Berkongsi kedudukan dengan Kemarol ialah pemain Amerika Syarikat, Paul Harris selepas membenam 70 pukulan, 2 dibawah par hari ini. 

Kejohanan bernilai RM200,000 ini akan berakhir esok.