Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

FAM puas hati prestasi pengadil Liga M, akan terus dimantapkan

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan prestasi keseluruhan semua pengadil terlibat Liga M musim ini berbanding musim terdahulu.

Antara paling menyerlah, mutu pengadilan daripada pasukan-pasukan negeri.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Md Dali Wahid, kemantapan pengadil bagaimanapun akan terus dimantapkan menerusi pelbagai inisiatif.

Beliau ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengadil FAM.