Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

Saingan Piala Malaysia 2020 ditunda ke awal November

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 14 Oktober - Saingan Piala Malaysia 2020 yang dijadual bermula 25 Oktober ditunda ke awal November susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Lembah Klang dan Sabah.

Tarikh baharu bagi pusingan awal melibatkan 16 pasukan, pada kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara ini ditetapkan pada 6 hingga 8 November depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan, undian yang sebelum ini dijadual pada 16 Oktober bakal diadakan pada 1 November ini.

Perancangan jadual baharu Piala Malaysia 2020 ini telah mengambil kira tarikh-tarikh Liga Juara-Juara (ACL) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Beliau juga menjelaskan, mereka masih mempunyai masa yang cukup untuk meneruskan TM Piala Malaysia 2020 memandangkan format baharu tiada saingan peringkat kumpulan.

Dalam perkembangan yang sama, beliau mengesahkan MFL turut meminda tarikh perlawanan Liga Super antara Sabah dengan UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam dan aksi Liga Premier di antara Kuala Lumpur menentang Kuching FA pada 31 Oktober ini.