Saturday, 24 October 2020

updated 7:35 AM UTC, Oct 24, 2020

Luqman Hakim, ledak gol kemenangan KV Kortrijk B-21

  • Published in Sukan

ANTWERP, 14 Oktober - Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin muncul wira skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk selepas gol tunggalnya berjaya menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21.

Menerusi satu video yang dikongsikan Balz.tv gol tunggal perlawanan dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan pada minit ke 83.

Ini merupakan kemenangan ke-4 KV Kortrijk selepas mengharungi enam perlawanan dan menyaksikan kelab ini kini berada pada kedudukan keempat dengan mengumpul 14 mata.

Luqman Hakim, 18 tahun, berlepas ke Belgium, Ogos lepas, menandatangani kontrak lima tahun bersama KV Kortrijk yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.