Saturday, 24 October 2020

updated 8:47 AM UTC, Oct 24, 2020

Pandemik COVID-19 : KHM tangguh Kejohanan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2020

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) terpaksa menangguhkan penganjuran Kejohanan Liga Hoki Dalam Dewan Malaysia 2020 (MIHL) yang sepatutnya bermula 24 Oktober ini.

Ia ekoran peningkatan jangkitan pandemik COVID-19 yang membimbangkan.

Dalam satu kenyataan, KHM memaklumkan Kejohanan MIHL 2020 yang dijadualkan hujung bulan ini terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

KHM telah menerima surat pemakluman daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dipilih sebagai venue mengenai saranan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi agar penganjuran sebarang kejohanan berskala besar ditangguhkan untuk ketika ini.

Keputusan untuk menunda kejohanan tersebut telah dibuat Jawatankuasa Hoki Dalam Dewan dan Akademi Hoki Raja Ashman Shah yang dipengerusikan oleh En. Shurizan Mansor dalam mesyuarat jawatankuasa kali keenam yang berlangsung pada Sabtu.

Terdahulu, KHM turut mengumumkan Liga Hoki Remaja yang sepatutnya berlangsung tahun ini dibatalkan.