Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Kevin Magnussen, Jolyon Palmer Diperkenal Sebagai Pemandu Pasukan Renault

  • Published in Sukan

Paris - Bekas pemandu Mclaren, Kevin Magnussen dan juara GP2 2014, Jolyon Palmer diperkenalkan sebagai pemandu pasukan Renault untuk saingan musim 2016. 

Magnussen menggantikan Pastor Maldonado sementara Palmer mengisi tempat Romain Grosjean.

Pelancaran pasukan yang diberi nama Renault Sport F1 itu berlangsung di Paris. 

Pasukan yang diberikan nafas baharu itu bakal menggunakan enjin dan chasis rekaan sepenuhnya Renault selepas mengambil alih pasukan Lotus Disember tahun lalu. 

Pelumba berasal dari Denmark, Kevin Magnussen yang memandu untuk McLaren pada 2014 menjadi pemandu utama Renault disamping pelumba Rookie dari Britain, Jolyon Palmer. 

Karier Magnussen agak suram selepas dia digantikan dengan Fernando Alonso musim lalu sebelum dilepaskan Mclaren di pertengahan musim. 

Sementara itu, Frederic Vasseur turut diperkenalkan sebagai Pengarah Perlumbaan Renault. 

Renault pernah menjadi juara dunia kategori pengeluar pada 2005/2006. 

.