Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Everton Tamatkan Lima Perlawanan Tanpa Kemenangan

  • Published in Sukan

Liverpool - Everton menamatkan rentetan 5 perlawanan tanpa sebarang kemenangan apabila menewaskan Newcastle 3-0 awal pagi tadi. 

Dalam satu lagi perlawanan, Chelsea turut mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 9 perlawanan apabila mengikat Watford 0-0. 

Beraksi di Goodison Park, Liverpool, Everton mencari kemenangan pertama ditahun baharu. 

Misi tuan rumah semakin mudah apabila Aaron Lennon membuka tirai jaringan pada minit ke 23 menerusi rembatan rendah untuk Everton di depan. 

Perlawanan terus rancak menuju penamat dengan 2 jaringan Ross Barkley memberikan skuad Roberto Martinez 3 mata penuh. 

Barkley menjaringkan sepakan penalti pada minit ke 88 selepas Rolando Aarons menjatuhkan Aaron Lennon dalam kotak penalti. 

Barkley sekali lagi menjaringkan gol dengan sepakan penalti kedua pada masa kecederaan. 

Gol itu membantu Everton naik ke tangga ke 11 liga sementara Newcastle terus berada di zon penyingkiran. 

Dalam satu lagi perlawanan, Watford berjaya mengikat Chelsea tanpa jaringan di Vicarage Road.