Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Pemain golf Asia dan Malaysia Mampu Pergi Lebih Jauh - Tan Sri Megat Zaharuddin

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Pemain golf Asia dan Malaysia terutamanya  mampu untuk pergi lebih jauh setaraf pemain dunia dari eropah andai diberi lebih banyak pendedahan dalam kejohanan dunia. 

Justeru lebih banyak kejohanan seumpamanya perlu diadakan bagi membolehkan mereka mempamerkan kemahiran masing-masing.

Dengan adanya lebih banyak kejohanan dunia dianjurkan di Asia terutama di Malaysia, akan memberi lebih manfaat kepada pemain golf negara.   

Bukan sahaja menjimatkan kos malah berpeluang bersaing dengan pemain-pemain profesional dunia. 

Tan Sri Megat Zaharuddin berkata demikian pada pelancaran trofi Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank di Kuala Lumpur. 

Trofi yang direka oleh Selangor Pewter ini mempamerkan bentuk harimau, simbol ikon institusi perbankan utama di Malaysia. 

Beliau juga berharap pemain golf Malaysia dapat menggunakan kesempatan itu, bagi menunjukkan kemampuan sekaligus membuktikan taraf pemain Asia setara dengan pemain golf Eropah. 

Seterusnya membuka peluang untuk mendapatkan tiket ke Sukan Olimpik Rio akan datang. 

Kejohanan Golf Terbuka Malaysia Maybank akan berlangsung dari 18 hingga 21 Februari ini di Kelab Golf diRaja Selangor dengan kerjasama Jelajah Asia dan Jelajah Eropah. 

Antara pemain ternama yang telah mengesahkan penyertaan termasuklah Darren Clarke, Jeev Milka singh, Matthew Fitzpatrick dan Victor Dubisson.