Wednesday, October 18, 2017
vital-top
updated 3:22 AM UTC, Oct 18, 2017

LTDL - Vittoria Muncul Selaku Penaja Buat Kali Ketiga

Faktor ekonomi semasa tidak menghalang penganjur Le Tour de Langkawi 2016, Ciclista Sports Sdn Bhd mencari penaja. 

Terbaru, syarikat tayar terkenal Itali iaitu Vittoria muncul selaku penaja buat kali ketiga untuk LTDL. 

Ia sekaligus melancarkan urusan penganjuran yang memakan belanja 16 juta ringgit itu.

Peranan Vittoria pada edisi kali ini ialah sebagai pembekal Nuetral Service seperti mana perlumbaan Tour de France dan Giro D'Italia. 

Hadir sama pada majlis penyerahan tajaan ialah Pengurus Asia Pacifik Vittoria, Frank Levering. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LTDL, Emir Abdul Jalal memberitahu,2 lagi penaja besar akan diumumkan minggu ini.