Thursday, August 22, 2019
updated 3:16 PM UTC, Aug 22, 2019

Bola Sepak Liga Perdana Inggeris

  • Published in Sukan

Lapan perlawanan berlangsung semalam, menyaksikan Leicester City mengukuhkan kedudukan membenam Liverpool 2-0. 

Sementara, Manchester City terpaksa bekerja keras untuk  mengejar kedudukan Leicester apabila menang tipis 1-0 menewaskan Sunderland. 

Selain itu, Louis Van Gaal boleh menarik nafas lega apabila anak-anak buahnya beraksi cemerlang di Old Trafford untuk mengutip tiga mata menewaskan Stoke City 3-0. 

Arsene Wenger pula kecewa hanya mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringanmenentang Southampton di laman sendiri. 

Beraksi di Stadium Emirates, Arsenal dan Arsene Wenger turun bertemu Southampton dengan harapan untuk kembali mencatat kemenangan selepas tewas 0-1 kepada Chelsea. 

Bagaimanapun, barisan Arsenal masih lagi tidak mampu untuk meningkat prestasi permainan apabila sukar untuk merobek gawang Southampton. 

Pelbagai usaha mencari gol digagalkan penjaga gawang, The Saints, Fraser Forster. 

Kedudukan tanpa jaringan berterusan pada babak kedua dan sehingga tamat perlawanan. 

Keputusan seri tanpa jaringan ini meletakkan Arsenal di tangga ke empat liga dengan45 mata dan Southampton di tangga ketujuh dengan 34 mata.