Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Sazali Samad sasar layak ke kejuaraan Mr. Olympia

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 17 September- 
Biarpun tidak lagi mewakili negara atas tiket atlet kebangsaan, pemenang 10 kali Mr. Universe, Sazali Samad masih bersemangat untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Sasarannya selepas ini, adalah kejuaraan Mr. Olympia.

Sekadar mahu mencuba, Sazali mengakui bukan mudah untuk mencapai tahap itu memandangkan peluang melepasi tahap kelayakan kejuaraan tersebut cukup sukar dan mencabar.

Selain itu, bekas anggota polis berpangkat Sub Inspektor itu juga merancangan mengusahakan sebuah gimnasium di Bangi.

Katanya, masih berbaki 40 peratus siap, gimnasium itu dijangka dibuka bulan hadapan.