Tuesday, 29 September 2020

updated 2:43 PM UTC, Sep 29, 2020

COVID-19 : MOM harap Piala Thomas dan Uber 2020 ditunda

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur, 15 September - Susulan situasi COVID-19 yang kembali meningkat baru-baru ini, Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Muhammad Nazifuddin Muhammad Najib berlapang dada sekiranya tarikh kejohanan Piala Thomas dan Uber ditunda ke tarikh lain.

Beliau menyatakan pendiriannya selaku wakil organisasi itu setelah menilai keadaan dan berbincang dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebelum ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan Piala Thomas dan Uber 2020 diteruskan pada 3 Oktober hingga 11 Oktober depan, di Denmark.