Thursday, December 14, 2017
vital-top
updated 8:43 AM UTC, Dec 14, 2017

Harimau Malaya Kini Jadi Harimau Malaysia

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Tiada lagi nama harimau malaya, sebaliknya badan induk bolasepak Malaysia FAM menetapkan, nama baharu skuad bolasepak senior negara diubah kepada Harimau Malaysia berkuat kuasa serta merta. 

FAM juga tidak mahu nama skuad bolasepak negara menjadi isu besar sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak. 

Presiden FAM, Tengku abdullah Sultan Ahmad Shah melihat skuad bolasepak negara adalah milik seluruh rakyat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. 

Penghujung februari 2015, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah menyuarakan saranan supaya nama gelaran Harimau Malaysia diguna pakai untuk merujuk kepada skuad kebangsaan berbanding Harimau Malaya yang seolah-olah seperti penyokong dari Sabah dan Sarawak tidak terlibat langsung. 

Gelaran Harimau Malaya telahpun digunakan lebih 50 tahun, dimana gelaran ini merujuk kepada penyerang kebangsaan era 40 an hingga 50 an, allahyarham Abdullah Mohd Don atau nama timangannya Dollah Don. 

Nama Harimau Malaya diberikan oleh presiden Indonesia, Sukarno, ketika itu, susulan aksi lincahnya dalam satu perlawanan pada tahun 1953. 

Selaras dengan nama baharu, Tengku Abdullah mengharapkan satu sinar baharu diberikan oleh barisan skuad Datuk Ong Kim Swee susulan kemerosotan prestasi tahun lalu.