Monday, June 24, 2019
updated 12:39 PM UTC, Jun 24, 2019

Kedah Belasah Sungai Ara FC 6 - 0 Dalam Perlawanan Persahabatan

  • Published in Sukan

Alor Star - Sebelum itu, skuad Tan Cheng Heo meneruskan aksi persiapan menjelang sepak mula liga super 13 Februari depan.   

Bertemu Sungai Ara FC, penyerang import dari Brazil, Carlos Kahe akhirnya meraikan jaringan pertama bersama skuad Hijau Kuning untuk membantu Kedah  membelasah kelab Sungai Ara FC 6-0 dalam aksi persahabatan di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Beraksi di hadapan kira-kira 10 ribu penyokong, Kedah menurunkan empat pemain import dalam kesebelasan utama pasukan.

Minit ke 26, Kedah menjaringkan gol pertama menerusi Carlos Kahe yang mudah menolak masuk bola ke dalam pintu gol.

Sepuluh minit kemudian, Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol kedua Kedah selepas memperdayakan pertahanan lawan.

Bang Seung Hwan turut mencetak nama selaku penjaring dengan gol ketiga pada minit ke 44 untuk babak pertama berakhir dengan kedudukan 3-0.

Memasuki babak kedua, minit 51, Fakri terus mempamerkan sentuhan berbisanya menjadikan kedudukan empat kosong untuk Kedah.

Fakri melengkapkan hatrik pertamanya bersama Lang Merah pada minit ke 56 hasil lorongan menarik Liridon Krasniqi.

Kedah melengkapkan kemenangan bergaya menerusi jaringan ke enam oleh Messi Kedah, Mohd Farhan Roslan pada minit ke 81.

Kedudukan 6-0 kekal hingga tamat perlawanan.