Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Jonathan Wong Layak Beraksi Pada Sukan Olimpik Rio Brazil 2016

  • Published in Sukan

Kuala Lumpur - Hanya berbaki 231 hari sahaja lagi menjelang pembukaan temasya tumpuan dunia, sukan Olimpik Rio Brazil 2016 pada 5 Ogos depan.
  
Kontigen negara menambah seorang lagi atlet yang layak beraksi secara merit iaitu penembak elit, Jonathan Wong.

Menjadikan jumlah terkini hanya enam atlet yang telahpun layak.

Jonathan Wong melakar kejutan meraih pingat emas acara 10m Air Pistol individu lelaki di Kejohanan Menembak Kelayakan Olimpik di New Delhi, India.

Sebenarnya, situasi ini sepatutnya menjadi kerisauan buat kontigen negara secara keseluruhan dan Majlis Sukan Negara, MSN khasnya.

Ini kerana pada Februari 2012 , lebih kurang tujuh bulan sebelum temasya Olimpik London 2012 bermula, atlet negara yang telah melayakkan diri adalah seramai 15 orang.

Jumlah yang amat jauh jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2016 ini.

Selain Jonathan, lima lagi atlet yang layak adalah  Pandelela Rinong Pamg, Ooi Tze Liang, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee dari sukan terjun manakala seorang lagi pemanah Khairul Anuar Mohamad.