Wednesday, June 26, 2019
updated 12:25 PM UTC, Jun 26, 2019

Manchester City Umum Pengurus Baru

  • Published in Sukan

Kelab Manchester City mengumumkan pengurus Bayern Munich, Pep Guardiola akan menggantikan Manuel Pellegrini selaku pengurus bermula 30 Jun 2016.    

Walaupun saingan liga perdana Inggeris masih lagi berbaki beberapa bulan, pengurusan Manchester City dilihat sudah tidak sabar dan mengambil 

keputusan mengumumkan perlantikan Pep Guardiola selaku pengurus baharu bagi menggantikan Manuel Pellegrini. 

Kontrak Pellegrini bersama The Citizen akan berakhir pada tiga Jun depan. 

Ini bermakna Pellegrini bukannya dipecat tetapi hanya tidak disambung kontrak dan digantikan dengan Guardiola. 

Pep Guardiola 45 tahun telah bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Manchester City selama tiga tahun bermula 30 Jun 2016 sehingga 2019. 

Pep Guardiola akan hadir di Etihad dengan reputasi  pengurus terbaik yang pernah di miliki Barcelona membawa 14 kejuaraan dalam masa empat tahun termasuk dua gelaran liga juara juara eropah. 

Dan bersama Bayern Munich sejak 2013, Guardiola telah memberikan dua gelaran liga dan mengekalkan Bayern di puncak liga sehingga kini.