Wednesday, 30 September 2020

updated 12:44 AM UTC, Sep 30, 2020

Inisiatif Prihatin Sukan 2020 bantu persatuan dan kelab yang terjejas COVID-19

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA, 20 Ogos - Di bawah Inisiatif Prihatin Sukan 2020 (IPS2020), sebanyak RM10 juta diperuntuk bagi membantu persatuan dan kelab sukan serta rekreasi yang terjejas akibat COVID-19.

Komitmen yang diterajui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini diharap, mampu mengembalikan fungsi serta peranan mereka, seterusnya membuka semula peluang pekerjaan dalam sektor tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sejak ia diumumkan pada 17 Jun lalu, KBS telah menerima sebanyak 579 permohonan yang terdiri daripada pelbagai kategori.

Antara bantuan yang boleh dimohon melibatkan kategori Bantuan Pengurusan Persatuan Sukan Kebangsaan, Bantuan Menjalankan Program dan Aktiviti serta Bantuan Pendigitalan Sukan dan R&D Pengkomersilan Sukan.

Beliau ditemui ketika sidang media selepas majlis penyerahan surat kelulusan inisiatif prihatin sukan 2020 kepada 50 penerima pelbagai kategori di KBS, Putrajaya.