Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:32 AM UTC, Nov 20, 2017

Khairy Puji Pencapaian Atlet Paralimpik

Kuala Lumpur - Pada Majlis Penyampaian Skim Hadiah Kemenangan Sukan Shakam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin , memuji pencapaian atlet paralimpik negara pada Sukan para Asean 2015 di Singapura yang berlangsung Disember lepas. 

Kontinjen Malaysia berjaya melepasi sasaran 50 pingat emas selepas berjaya membawa pulang 52 emas, 58 perak dan 37 gangsa sekaligus menduduki tempat ketiga keseluruhan dari 10 negara yang bertanding. 

Kejayaan atlet wushu remaja Asia di Mongolia dan pasukan wushu senior di Kejohanan Wushu Dunia di Jakarta serta atlet skuasy remaja di Kejohanan Junior Asian di Iran turut diberikan penghargaan pada majlis ini. 

Paling gembira pastinya atlet pecut negara, Felicia Mikat yang berjaya membawa pulang 3 pingat emas pada penampilan pertamanya di Sukan Para Asean di Singapura. 

Pencapaian yang memberangsangkan ini diharap dapat diteruskan menjelang Sukan Para Asean 2017 di Kuala Lumpur nanti.