Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Kento Momota dijangka keluar hospital esok

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota dijangka dibenarkan keluar daripada Hospital Putrajaya, esok.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, bagaimanapun, kebenaran keluar hospital akan dibincangkan dengan teliti dan keadaan pemain badminton bersama 3 individu lain itu akan dipantau supaya tiada risiko.

Ini termasuk mengambil kira perjalanan jauh untuk pulang.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah bercakap kepada media selepas melawat Momota dan 3 individu berkenaan di Hospital Putrajaya.

Tambahnya, struktur hidung pemain itu memerlukan kira-kira enam minggu untuk pulih.

Beliau yang juga penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menegaskan, tiada elemen sabotaj dalam insiden itu dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Tambahnya lagi, kerajaan kesal dengan insiden yang turut mengorbankan seorang pemandu warga tempatan itu.