Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Malaysia mampu lakar sejarah dalam Olimpik Tokyo 2020 - Datuk Lee Chong Wei

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Menjelang Olimpik Tokyo 2020, Ketua Kontinjen Negara ke temasya sukan itu, Datuk Lee Chong Wei yakin, Malaysia mampu melakar sejarah pada acara sukan terbesar dunia itu, dengan membawa pulang pingat emas pertama sejak menyertainya 64 tahun lalu.

Jelas legenda berusia 38 tahun itu, buat masa ini, sesetengah sukan masih di peringkat pertandingan sehingga pertengahan tahun ini.

Sehubungan itu, beliau akan mengadakan satu mesyuarat dengan Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia, Institut Sukan Negara dan Pesuruh Jaya Sukan dalam masa terdekat sebelum memulakan tugas pada Mei ini.

Tambah Datuk Lee Chong Wei, setakat ini, acara sukan seperti memanah, terjun, gimnastik, dan pelayaran sudah menempah slot ke Tokyo.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar lebih banyak acara sukan akan turut sama layak ke temasya sukan itu nanti.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan semua atlet yang bertanding dalan kejohanan yang menawarkan mata ke Olimpik, agar menggandakan usaha dalam semua kejohanan berkaitan di samping mengelakkan kecederaan.

Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos depan.