Friday, December 15, 2017
vital-top
updated 8:49 AM UTC, Dec 15, 2017

Piala Monsun 2016 - Taylor Canfield, Skiper Terawal Tempah Slot Ke Suku akhir

  • Published in Sukan

Johor Bahru - Juara dunia 2014,  Taylor Canfield, dari pasukan US One menjadi skiper terawal menempah slot ke suku akhir Perlumbaan Kapal Layar Dunia (WMRT) Piala Monsun 2016 di Puteri Harbour , Johor. 

Pada pusingan kelayakan Canfield mengutip mata maksimum 8 mata sekaligus memimpin carta. 

Manakala  pelayar negara Hazwan Hazim Dermawan pasukan HazOne Racing Team terus melakar kejutan apabila menewaskan pelayar ranking kedua dunia Bjorn Hansen pasukan Nautiska Racing. 

Tidak beraksi petang kelmarin akibat hujan lebat dan ketiadaan angin, Canfield mencatat 8 kemenangan tanpa sebarang kekalahan. 

Canfield menewaskan Maximilian Soh dari pasukan Team Red Dot,Eric Monnin dari pasukan Team Sailbox, Nicolai Sehested dari pasukan Trefor Match Racing,Joachim Aschenbrenner - pasukan Achenbrenner Racing, Bjorn Hansen pasukan Nautiska Racing,Reuben Corbet pasukan Corbet Racing ,Johnie Berntson pasukan Berntson Sailing Team dan skiper negara Hazwan. 

Hazwan walaubagaimanapun sekali lagi menceriakan penyokong tempatan apabila melakar kejutan menewaskan skipper Sweden, Bjorn Hansen dengan kelebihan  1 minit 1 saat. 

Kemenangan itu menyaksikan Hazwan menjadi pelayar pertama tempatan berjaya merangkul 2 mata sepanjang 11  tahun edisi  penganjuran Piala Monsun. 

Namun dalam 4 aksi lain Hazwan tewas kesemuanya. 

Pendahulu semalam Ian Williams dari pasukan GAC Pindar dalam 2 aksi menang sekali dan tewas sekali. 

Selepas 13 flight Canfield di kedudukan teratas dengan 8  mata,Eric Monnin Team Sail Box 5 mata, Bjorn Hansen juga 5 mata kedudukan  ketiga.