Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Chong Wei harap Lee Zii Jia bangkit tebus kekalahan di Malaysia Masters

  • Published in Sukan

PUTRAJAYA - Bekas jaguh badminton negara; Datuk Lee Chong Wei berharap pemain perseorangan lelaki negara; Lee Zii Jia segera bangkit menebus kekalahan di Malaysia Masters.

Ia dapat dilakukan menerusi aksi pada kejohanan Indonesia Masters minggu hadapan bagi mencari mata untuk beraksi di Olimpik Tokyo 2020.
Jelas Chong wei, Lee Zii Jia tampil di kejohanan Perodua Malaysia Masters kali ini dengan aksi luar biasa.

Ia menunjukkan peningkatan dari segi mental dan tektikal selepas meraih pingat emas di Sukan Sea Filipina 2019.
Justeru, kekalahan pada aksi semalam bukan pengakhiran karier.

Sebaliknya Kejohanan Indonesia Masters minggu hadapan merupakan medan terbaik untuk berguru dari barisan kejurulatihan sedia ada.

Ini kerana Zii Jia bukan sahaja menjadi harapan Chong Wei secara peribadi...sebaliknya seluruh rakyat Malaysia.