Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Aktiviti sukan,platfom terbaik rakyat tunjukkan kekuatan perpaduan - Khalid Samad

  • Published in Sukan

SHAH ALAM - Aktiviti sukan merupakan platform terbaik untuk rakyat pelbagai kaum menunjukkan kekuatan perpaduan mereka.

Demikian menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menerusi catatan melalui akaun twitternya.

Sebelum itu, beliau merasmikan kejohanan Bola Sepak Perpaduan, Piala Khalid Samad di Shah Alam.

Sebanyak 16 pasukan terdiri daripada pelbagai kaum menyertai kejohanan yang pertama kali dianjurkan oleh Parti Amanah Shah Alam itu.

Turut hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, serta lagenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun.

Khalid berkata, perpaduan kaum merupakan kekuatan rakyat Malaysia dan aktiviti sukan seumpamanya mampu menangani isu-isu perkauman yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.