Wednesday, 15 July 2020

updated 12:58 PM UTC, Jul 15, 2020

Ahli parlimen ditegur mengganggu dan mengundang pertelingkahan

  • Published in Berita Semasa

PARLIMEN, 14 Julai - Tindakan ahli parlimen yang mengeluarkan perkataan tidak sopan ketika persidangan berlangsung, ditegur.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, perbuatan itu boleh mengundang pertelingkahan sekaligus mengganggu waktu persidangan.

Datuk Azhar menegaskan perkara itu sebelum sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kejadian semalam apabila ahli parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa mengeluarkan kenyataan yang kurang sopan terhadap ahli parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto.

Namun, Datuk Azhar Azizan telah mengarahkan Datuk Seri Abdul Azeez agar memohon maaf atas kenyataan tersebut.