Sunday, January 19, 2020
updated 1:23 AM UTC, Jan 19, 2020

Kesatuan Ragbi Malaysia pilih skuad B19 untuk misi Piala Dunia 2031

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Penyertaan ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik yang disasar dalam tempoh 11 tahun lagi menjadi misi utama Pelan Pembangunan Ragbi Kebangsaan (NRDP).

Sehubungan itu Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) melalui pelaksanaan NRDP memasukkan skuad bawah 19 dan 20 tahun negara dalam perancangan 2020, bagi memastikan perkembangan akar umbi sukan ragbi negara berkembang secara berterusan.

Jelas Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya, pihaknya telah memilih skuad bawah 19 tahun sebagai skuad perintis P31 iaitu skuad yang menggalas misi layak ke Piala Dunia 2031.

Pemilihan skuad tersebut berdasarkan faktor lingkungan umur selain disertai sebahagian skuad junior Bawah 18 tahun yang memenangi Kejuaraan Ragbi Bawah 18-tahun

Datuk Shahrul menjelaskan, ketika ini program NRDP merangkumi skuad bawah 12,13,14,15,16,17 dan 18 tahun negara.

Beliau berkata demikian di pejabat KRM di Ibu negara.