Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Majlis memperkenalkan pemain Perak FA Musim 2020 ditunda ke tarikh yang akan ditetapkan

  • Published in Sukan

IPOH - Majlis Pelancaran Jersi & Memperkenalkan Pemain Perak FA Musim 2020 yang sepatutnya berlangsung malam tadi ditunda ke satu tarikh baharu yang akan ditetapkan.

Setiausaha Kehormat PAFA, Mohamad Azlin Mohd Nadzri menyatakan perkara itu kepada media, semasa menghadiri Kongres Tahunan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) kali ke-61 di Ipoh.

Beliau turut menafikan penangguhan itu disebabkan oleh isu dalaman.

Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Perak FA Musim 2020 sepatutnya berlangsung pada semalam di Bulatan Sultan Azlan Shah Meru, Ipoh.

Kongres PAFA yang berlangsung selama dua jam dihadiri 39 perwakilan dari setiap daerah negeri Perak.