Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Farkhan Haron buru gelaran keempat kejuaraan tinju utama

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR - Peninju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron, dalam kempen memburu tali pinggang Pertubuhan Tinju Dunia (WBO) bagi melengkapkan koleksi empat kejuaraan utama, bersetuju untuk menghadapi pertarungan di Singapura, Mac depan.

Farkhan kini memiliki gelaran Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA), Persatuan Tinju Dunia (WBA) dan Majlis Tinju Dunia (WBC).

Farkhan masih menunggu identiti lawannya di Marina Bay Sands dalam usaha untuk menaikkan rankingnya bagi mencabar tali pinggang WBO.

Farkhan baru-baru ini berjaya menumbangkan peninju Tanzania, Pascal Ndomba, menerusi jatuhan teknikal (TKO) dalam pusingan ketujuh ketika bertarung di Johor Bahru.

Bagi mencapai misi memburu tali pinggang kejuaraan keempat itu, Farkhan memerlukan bantuan penajaan dari RM300,000 ke RM500,000 setahun.